Celcom Membawa Masuk LG Optimus 7

Celcom Membawa Masuk LG Optimus 7

Diterbitkan pada November 26, 2010 oleh .

Selain daripada Maxis yang memperkenalkan perantian Windows Phone 7 di Malaysia, Celcom turut sama juga memperkenalkan perantian Windows Phone 7 di Malaysia, melalui LG Optimus 7. Menariknya, Celcom memperkenalkannya pada harga promosi yang amat murah, iaitu pada hanya RM777 sahaja untuk 150 pengguna pertama.

LG Optimus 7 yang bersaiz lebih kurang 3.8-inch bersama-sama dengan kamera 5-megapixel untuk anda merakamkan segala gambar menarik dan juga video pada definisi setinggi 720p. Pada masa yang sama, ianya turut membawakan prosessor Snapdragon 1GHz untuk membolehkannya berfungsi dengan tanpa sebarang masalah dan tanpa tersekat-sekat.

Celcom menawarkan LG Optimus 7 ini pada harga hanya RM777 untuk 150 pengguna pertama yang melanggan kepada pakej mereka dengan 18 bulan kontrak. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya tanpa sebarang kontrak pada harga cuma RM2099.


TIPS & ULASAN