Chrome OS Hanya Akan Di Lepaskan Tahun Hadapan?

Chrome OS Hanya Akan Di Lepaskan Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada November 26, 2010 oleh .

Walaupun sebelum ini diperkatakan yang mana Chrome OS akan dilancarkan pada tahun ini, namun kini beberapa laporan mengatakan yang mana sistem operasi daripada Google ini hanya akan dilepaskan kepada pengguna umum pada 2011, dan bukannya seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Chrome OS
Antaramuka Chrome OS

Sebelum ini, Google telah pun memperkenalkan sistem operasi berasaskan perkomputeran awan itu, yang mana diperkatakan akan bersaing secara langsung dengan sistem operasi Windows daripada Microsoft. Sejak pembangunannya daripada dulu, ianya telah berevolusi secara peringkat demi peringkat, sehingga kini membawakan antaramuka yang amat menarik sekali.

Pelbagai perantian yang didatangkan bersama-sama dengan Chrome OS juga dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2011 kelak. Namun begitu, ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan besar, salah satu perantian yang menggunakan Chrome OS akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini, ataupun seawal bulan November kelak. Lebih banyak perantian, daripada tablet, netbook, dan notebook dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Bagi yang tidak kenali akan Chrome OS, ianya merupakan salah satu sistem berasaskan perkomputeran awan yang mana dibangunkan berdasarkan pelayar web Google Chrome, dan akan berfungsi sepenuhnya menggunakan aplikasi web. Ianya juga dijangka akan mengubah serba-sebanyak penggunaan perkomputeran awan pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN