Carian
Akta Liabiliti ISP Akan Di Bentangkan
November 26, 2010 Aman

Mungkin lepas ini, ramai akan tidak puas hati, memandangkan kini, kerajaan dijangka akan memperkenalkan undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta Liabiliti ISP untuk menyekat akaun pengguna yang memuat-turun lagu dan filem percuma melalui P2P. Ianya dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada bulan hadapan.

Sebelum ini, sudah lebih kurang lima tahun, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melobi akta berkenaan kepada kerajaan, untuk menghalang perbuatan muat-turun secara dalam talian, kerana ianya diperkatakan merosakkan penjualan muzik. Ianya diperkatakan yang mana, akta tersebut juga akan menjadikan penyedia internet lebih bertanggungjawab dalam menangani isu cetak rompak dalam talian. Pada masa yang sama, penyedia internet juga dikatakan akan diambil tindakan sekiranya tidak bertindak mengikut undang-undang ke atas para pengguna yang memuat-turun secara haram itu.

Ianya dikatakan, melalui Akta Liabiliti ISP itu, sekiranya penyedia internet (ISP) mendapati para penggunanya memuat-turun secara haram, mereka perlulah mengirimkan dua surat amaran kepada pemuat-turun itu sebelum menghentikan servis mereka. Ianya diperkatakan yang mana para penyedia perkhidmatan internet (ISP) mempunyai teknologi untuk mengesan pengguna P2P.

Buat masa ini, teknologi yang akan mendapat kesan utama adalah P2P ataupun torrent, dan masih tiada sebarang masalah untuk para pengguna yang memuat-turun secara terus melalui HTTP ataupun FTP.

Komen