Cari @ Amanz

GengBlogger terus memperkenalkan beberapa fungsi baru hari ini, dimana kini mereka mengintegrasikan fungsi statistik, dimana bukan sahaja anda boleh melihat para pelawat ke profail anda di GengBlogger, tetapi setahap lebih tinggi lagi, dimana anda boleh melihat para pelawat yang berkunjung ke blog anda dengan mudah.


Fungsi Statistik Pada GengBlogger

Berkemungkinan besar, fungsi statistik ini dijayakan bersama-sama dengan penggunaan bar sosial yang diperkenalkan oleh GengBlogger baru-baru ini. Namun begitu, ianya tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Selain daripada fungsi statistik, GengBlogger juga turut sama membawakan sedikit perubahan pada halaman utama GengBlogger.com

GengBlogger yang kembali beroperasi pada malam Raya AidilAdha tempoh hari, terus-menerus membawakan pelbagai inovasi demi inovasi, dimana selepas memperkenalkan bar sosial sebelum ini, kini mereka membawakan fungsi statistik. Mungkin banyak lagi fungsi menarik akan diperkenalkan selepas ini. Sama-sama kita nantikannya.

Kemaskini : Fungsi statistik untuk blog masih belum diaktifkan. Anda boleh mengujinya terlebih dahulu sebelum rakan-rakan anda yang lain, dengan tweet kepada @GengBlogger untuk meminta akses beta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd