GengBlogger Memperkenalkan Widget Pelawat

GengBlogger Memperkenalkan Widget Pelawat

Diterbitkan pada November 27, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, GengBlogger kini telah pun memperkenalkan fungsi statistik, dan bersama-sama dengannya, GengBlogger turut memperkenalkan sebuah widget khas, memperlihatkan pelawat-pelawat terkini ke blog anda, lebih kurang serupa seperti apa yang dilakukan oleh MyBlogLog sebelum ini.


Penampilan Widget GengBlogger Pada Blog

Mungkin ramai yang terdengar akan mengenai MyBlogLog sebelum ini. Namun begitu, setelah pembelian oleh Yahoo!, ianya tidak begitu menyerlah, dan akhirnya seperti mati begitu sahaja. Kini, lebih kurang seperti widget yang diperkenalkan oleh MyBlogLog, GengBlogger memperkenalkan widget yang lebih kurang serupa, dimana melaluinya, para pengguna boleh melihat pengunjung terkini ke blog mereka, selain pada masa yang sama mengikuti perkembangan pengunjung ke blog mereka samaada berdaftar dengan GengBlogger mahupun tidak.


Para Pengguna Boleh Menyemak Statistik Di GengBlogger

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam peringkat ujian. Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan widget ini secara terus daripada halaman tetapan mereka di GengBlogger, dan mengubah-suai kodnya untuk menepati tema blog anda.


TIPS & ULASAN