Apple iPad Bakal Di Lancarkan di Malaysia

Apple iPad Bakal Di Lancarkan di Malaysia

Diterbitkan pada November 27, 2010 oleh .

Akhirnya, mungkin para pengguna tidak lagi perlu ke Singapura untuk membeli Apple iPad, memandangkan ianya akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. iPad yang membawakan pelbagai revolusi pada industri tablet seluruh dunia itu diura-urakan akan diperkenalkan di Malaysia seawal 30 November ini.

Selain daripada itu, Maxis juga telah turut mengumumkan sebelum ini mengatakan yang mana mereka akan menawarkan pelan data khas untuk pengguna iPad 3G di Malaysia dalam beberapa minggu akan datang, membolehkan para pengguna menggunakan iPad mereka di mana sahaja.

Harganya masih lagi belum disahkan buat masa ini, namun daripada ura-ura awal harga yang kelihatan, ianya jauh lebih murah daripada Samsung Galaxy Tab, yang mana turut sama ditawarkan oleh Maxis sebelum ini. Para pengguna juga dijangka boleh mendapatkan iPad 16GB 3G pada harga kurang RM2000. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN