Adakah Streamyx Menyekat Pelayaran Antarabangsa?

Adakah Streamyx Menyekat Pelayaran Antarabangsa?

Diterbitkan pada November 27, 2010 oleh .

Ianya tidak dipastikan sepenuhnya, namun ramai yang kini mula mengadu yang mana mereka mengalami masalah ketika melayari laman-laman antarabangsa, dimana kelajuan internet mereka dikurangkan secara drastik berbanding ketika melayari laman-laman yang dihoskan dalam negara.

Buat masa ini, masih lagi tidak diketahui samaada ianya disebabkan oleh penggunaan data yang terlebih, ataupun sebarang masalah kabel, atau lain-lain, dan masih tiada jawapan rasmi daripada pihak TM buat masa ini.

Melalui salah satu ujian yang dilakukan oleh salah seorang pengguna Streamyx, beliau mendapati yang mana talian internet berkelajuan 1.5Mbps beliau berubah sehingga bawah 0.5Mbps apabila melayari laman-laman antarabangsa, di Singapura, UK dan US. Ujian ping juga mengambil masa lebih kurang 250ms hingga 350ms untuk laman-laman antarabangsa. Perkara yang lebih kurang sama turut dilaporkan oleh pengguna forum Lowyat.net.


TIPS & ULASAN