Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan antaramuka yang baru, kini Churp Churp turut sama memperkenalkan salah satu fungsi baru, iaitu fungsi perkongsian sosial. Melaluinya, kini kempen di Churp Churp bukan sahaja terhad kepada laman sosial Twitter dan Facebook, tetapi banyak lagi laman-laman sosial yang lain, sekaligus memudahkan para penggunanya menjana wang yang lebih banyak lagi.


Antaramuka Baru Churp Churp

Melaluinya, Churp Churp mengalakkan para pengguna untuk melibatkan diri pada pelbagai laman sosial yang lain untuk berkongsi pautan, sekaligus menjana lebih wang daripada sekarang. Antara laman lain yang turut diperkatakan adalah Friendster, MySpace, Skype, dan malah, blog-blog para pengguna.

Selain daripada itu, para pengguna Churp Churp juga boleh mendapatkan pelbagai kemaskini daripada Nuffnang dengan mudah, terus ke akaun Churp Churp. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah pengiraan pembayaran akan dilakukan oleh Churp Churp selepas ini, adakah ianya mengikut klik, atau bagaimana.

Nuffnang dan Churp Churp adalah sebahagian daripada Nom Nom Media

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd