iPad 2 Bakal Membawa Pelbagai Perkara Baru

iPad 2 Bakal Membawa Pelbagai Perkara Baru

Diterbitkan pada November 27, 2010 oleh .

iPad baru sahaja diperkatakan yang akan dilancarkan di Malaysia, namun begitu, di pasaran antarabangsa, Apple sudah pada fasa akhir pembangunan Apple iPad generasi kedua yang mana dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun pertama tahun hadapan. Menariknya, kini, beberapa fungsi-fungsi iPad 2 mula dilaporkan oleh beberapa media terkemuka di internet.

Antara perkara baru yang dijangka akan ada pada iPad generasi baru kelak adalah kamera hadapan (sama seperti pada iPhone 4 dan iPod Touch) yang akan membolehkan sokongan FaceTime, memudahkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda yang lain.

Pada masa yang sama, iPad 2 ini juga nanti akan lebih ringan daripada generasi pertama, dan menariknya, ianya akan membawakan port USB, memudahkan para pengguna untuk membuka aplikasi atau dokumen melalui port USB. Selain daripada itu, ianya juga dijangka memperkenalkan skrin lebih kurang seperti pada iPhone 4, yang menyokong teknologi Retina.

Pelbagai teknologi baru juga dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan iPad generasi baru ini kelak. Buat masa ini, seperti biasa, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan perkara ini.


TIPS & ULASAN