iPad 2 Bakal Di Lancarkan Bulan Januari 2011?

iPad 2 Bakal Di Lancarkan Bulan Januari 2011?

Diterbitkan pada November 28, 2010 oleh .

Selain daripada beberapa fungsi yang diura-ura akan tiba pada iPad 2 kelak, kini ura-ura memperkatakan yang mana iPad 2 akan dilepaskan seawal bulan Januari 2011 ini nanti, yang mana akan membawakan skrin baru dengan teknologi Retina, rekabentuk yang lebih ringan, dan dengan kamera depan dan belakang.

Mengikut kebiasaan Apple yang mengambil jangka-masa setahun untuk memperkenalkan sesuatu versi untuk iPhone, perkara sama juga mungkin akan berlaku untuk iPad, dimana iPad pertama telah pun dilepaskan pada awal tahun ini. Lebih menguatkan lagi perkara ini adalah dimana Apple diperkatakan akan mengadakan dua sidang media pada suku tahun pertamaa 2011, dimana yang pertamanya akan diadakan pada bulan Januari ini.

Selain daripada itu, Apple juga pada tahun hadapan dijangka akan memperkenalkan MacBook Pro yang baru pada bulan April, dengan beberapa fungsi yang baru. Antara fungsi-fungsi yang diura-urakan adalah termasuk beralih kepada penggunaan storan Solid State sehingga 512GB, tidak lagi menyertakan disk drive, dan juga fungsi light-peak yang akan diperkenalkan buat pertama kalinya.

Walaubagaimanapun, sama seperti biasa, Apple masih lagi tidak memberi sebarang komen buat masa ini, dan membuatkan para penggunanya menantikan kejutan daripada pihak mereka.


TIPS & ULASAN