Cari @ Amanz

Walaupun kedua-dua pihak masih lagi belum mengesahkan perkara ini, hari ini ura-ura memperkatakan yang mana Google telah pun membeli Groupon pada harga $2.5 billion. Masih tiada sebarang komen atau pengumuman rasmi daripada kedua-dua belah pihak buat masa ini.

Sebelum ini, kita telah mendengar yang mana Yahoo! telah terlebih dahulu menawar diri untuk membeli Groupon, dan tanpa sebarang perkembangan, seterusnya kedengaran yang mana Google pula membuat tawaran kepada Groupon. Dan, kini ura-ura memperkatakan yang mana Google telah pun berjaya membeli Groupon pada harga $2.5 billion.

Akhir-akhir ini, Groupon telah menjadi suatu fenomena hebat, dimana di Malaysia sahaja, pelbagai laman yang membawakan konsep serupa dengannya telah dilancarkan, termasuk Groupsmore daripada YouthAsia, dan juga DailyDeals daripada The Sun.

Sekiranya perkara ini adalah benar, ianya akan membawakan pelbagai nilai tambah untuk pelbagai servis sedia ada Google, termasuk Google Places dan Google HotPot. Buat masa ini, kedua-dua pihak masih senyap tanpa sebarang komen.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd