Seperti sedia maklum, sebelum ini, Skype melalui Skype 5.0 telah memperkenalkan pengintegrasian Facebook, dan kini ianya kelihatan yang mana Facebook dijangka akan mengintegrasikan fungsi panggilan video pada Facebook Chat mereka menggunakan teknologi Skype.
Skype 5.0 Mengintegrasikan Fungsi Facebook
Sebelum ini, beberapa ura-ura telah memperkatakan yang mana Skype dan Facebook akan diintegrasikan, dan ianya terhenti apabila Skype melancarkan Skype 5.0 dengan fungsi Facebook, membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa rakan anda di Facebook dengan mudah. Namun begitu, kini, menariknya, salah seorang pembangun menemui kod VideoChat pada Facebook dimana beberapa kod merujuk kepada Skype.
Buat masa ini, hanya kod awal sahaja ditemui, dimana berkemungkinan perkara tersebut masih lagi sedang dibangunkan dan mungkin diuji. Ianya akan menjadi suatu perkara yang menarik sekiranya fungsi panggilan video diperkenalkan pada Facebook Chat, sekaligus memberikan lebih tekanan pada Google. Namun begitu, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Facebook buat masa ini.