Lebih Pilihan Widget Di Sediakan Oleh GengBlogger

Lebih Pilihan Widget Di Sediakan Oleh GengBlogger

Diterbitkan pada November 29, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini, GengBlogger hanya memperkenalkan widget pelawat dalam satu rekabentuk sahaja, kini pelbagai jenis rekabentuk widget pelawat diperkenalkan, dimana para pengguna boleh memilih daripada tiga jenis berbeza yang disediakan oleh GengBlogger.


Pilihan Widget Pada GengBlogger

Kini, anda boleh memilih samaada ingin memaparkan nama pelawat bersama-sama dengan URL blog mereka, ataupun masa bilakah mereka melawat, ataupun sebaliknya, hanya memaparkan avatar mereka sahaja.

Widget pelawat daripada GengBlogger, disamping membolehkan anda mengetahui siapakah rakan-rakan GengBlogger anda terkini yang melawati laman blog anda, pada masa yang sama juga, ianya mengumpul data statistik, yang mana anda boleh melihatnya pada halaman Rumah di GengBlogger.

GengBlogger yang dulunya hanyalah sebuah laman ping biasa, kini memperkenalkan pelbagai fungsi-fungsi baru, dan dijangka akan memperkenalkan banyak lagi fungsi baru dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN