Apple iPad Di Lancarkan Di Malaysia

Apple iPad Di Lancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada November 30, 2010 oleh .

Seperti dinantikan, kini Apple telah pun mengumumkan pelancaran iPad di Malaysia, yang mana para pengguna boleh mendapatkannya bermula daripada hari ini, iaitu 30 November 2010 pada harga serendah RM1549.

Apple iPad

Para pengguna yang berminat untuk mendapatkan iPad, anda boleh berbuat demikian di beberapa cawangan terpilih Epicentre, Machines dan Mac Studio serta beberapa penjual rasmi Apple di seluruh negara.

iPad di Malaysia secara rasminya dijual lebih murah daripada sebelum ini, selain Maxis turut sama memperkenalkan pakej khas untuk iPad. iPad yang didatangkan dengan hanya fungsi WiFi boleh didapati pada harga RM1549 untuk 16GB, RM1849 untuk 32GB dan RM2149 untuk 64GB. Manakala iPad dengan fungsi 3G boleh didapati pada harga RM1999 untuk 16GB, RM2299 untuk 32GB dan RM2599 untuk 64GB.

Selain daripada itu, Apple juga kini sedang giat mempersiapkan iPad generasi kedua yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari 2011 kelak dengan beberapa fungsi tambahan menarik.


TIPS & ULASAN