Maxis Memperkenalkan Pelan Data Untuk iPad

Maxis Memperkenalkan Pelan Data Untuk iPad

Diterbitkan pada November 30, 2010 oleh .

Sebelum ini, pada bulan Mei, Maxis telah pun memperkenalkan mikroSIM untuk pengguna iPad, dan kini bersama-sama dengan pelancaran iPad di Malaysia, Maxis secara rasminya memperkenalkan pakej data pra-bayar dan juga pascabayar untuk para pengguna iPad di Malaysia.

Melalui pelan yang disediakan, Maxis menawarkan penggunaan sehingga 3.5GB data pada cuma RM70 yang mana sama untuk para pengguna pascabayar dan pra-bayar. Selain daripada itu, para pengguna pascabayar juga boleh menikmati penggunaan sehingga 15GB pada harga RM200. Namun begitu, semestinya ianya tidak masuk akal sekiranya pengguna iPad memuat-turun data sebanyak itu.

Buat masa ini, Maxis tidak menawarkan sebarang iPad, dimana sekiranya anda ingin membeli iPad, anda boleh mendapatkannya daripada sebarang pengedar rasmi Apple diseluruh negara mulai hari ini.


TIPS & ULASAN