Google Me Di Tangguhkan Sehingga Tahun Hadapan

Google Me Di Tangguhkan Sehingga Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 30, 2010 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan projek rangkaian sosial daripada Google yang dinamakan Google Me? Jikalau sebelum ini ianya diperkatakan yang mana ianya akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, kini ianya diketahui yang mana Google Me akan ditangguhkan sehingga Mac atau April tahun hadapan.

Projek Google Me ini masih lagi dirahsiakan sepenuhnya, malah ramai pekerja Google sendiri yang tidak mengetahui berkenaan dengan projek rangkaian sosial daripada Google ini. Buat masa ini, Google hanya memperkatakan yang mana mereka sering menambah-baik produk-produk mereka, dan kini mereka memfokuskan untuk mengintegrasikan fungsi elemen sosial pada Google.

Sebelum ini, seperti sedia maklum, Google tidak mempunyai laman sosial yang betul-betul berjaya, selain daripada YouTube yang dibeli oleh mereka. Kebanyakkan projek-projek sosial mereka ditamatkan dalam masa kurang dua tahun.


TIPS & ULASAN