Cari @ Amanz

Google hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Google Earth mereka, dimana melalui Google Earth 6, kini ianya mengintegrasikan Street View dan juga membawa penambahan pokok dalam bentuk 3D, menjadikan pelayaran Google Earth lebih menarik dan hampir sama seperti realiti.

Melalui Street View, anda boleh melihat sesuatu kawasan dengan menarik sekali, dan penambahan pokok dalam bentuk 3D menjadikannya seperti perjalanan didunia yang sebenar. Para pengguna boleh mengaktifkan fungsi Street View pada Google Earth sama seperti pada Google Maps.

Selain daripada itu, Google Earth 6 juga membolehkan anda melihat sesuatu lokasi dalam bentuk latar masa, dimana anda boleh memilih untuk melihat sesuatu kawasan itu dalam bentuk masa sebelum ini, sekaligus menjadikannya suatu perkara menarik untuk pelajari sejarah pada masa hadapan kelak.

Para pengguna yang masih tidak mempunyai Google Earth, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada halaman rasmi Google dan mulakan penjelajahan anda ke serata lokasi di dunia ini terus dari kaca monitor anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd