Google Menawarkan Groupon Lebih $5.3 Billion?

Google Menawarkan Groupon Lebih $5.3 Billion?

Diterbitkan pada November 30, 2010 oleh .

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan pembelian Groupon oleh Google, nilai sebenar transasksi adalah $5.3 billion, dan bukannya $2.5 billion seperti yang diura-urakan semalam, sekaligus memperlihatkan yang mana Groupon bakal menjadi pembelian terbesar Google setakat ini.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita atau komen rasmi daripada kedua-dua pihak buat masa ini. Ianya masih lagi tidak diketahui samaada pembelian Groupon oleh Google ini akan berjaya ataupun tidak, memandangkan kedua-duanya masih lagi belum mengumumkan perkara ini.

Melalui pembelian Groupon, ianya akan membolehkan Google menambah-baik tawaran Google Places dan Google Hotpot, selain turut membolehkan mereka memasuki industri tempatan dengan lebih mudah lagi. Sebelum ini, Groupon yang dimulakan pada tahun 2008 telah menjadai suatu fenomena besar, dimana kini ianya mendominasi pasaran untuk pembelian sosial.


TIPS & ULASAN