Cari @ Amanz

Ramai yang tidak begitu mengenali pelayar web Flock, yang mana merupakan salah satu peleyar web sosial yang diperkenalkan lima tahun dahulu, jauh sebelum RockMelt diperkenalkan. Kini, pembangun Flock memperkenalkan Flock 3.5 yang mana membawakan kepantasan yang ditambah, serta pelbagai fungsi yang ditambah padanya.

Flock yang dahulunya dibangunkan menggunakan enjin Gecko dari Mozilla, telah beralih kepada enjin Chromium sejak versi 3.0, dan melalui Flock 3.5, ianya dibangunkan menggunakan Chromium 7.0. Bersama-sama dengan pelancaran Flock 3.5, mereka turut sama mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih kurang 9.5 juta pengguna seluruh dunia berdasarkan angka pemasangan Flock.

Flock membawakan pengintegrasian pelbagai laman sosial melalui bahagian tepinya, yang membolehkan para pengguna mengemaskini status Facebook, Twitter, dan LinkedIn, serta mengikuti kemaskini rakan-rakan mereka dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga membawakan fungsi carian sosial, dimana anda boleh melihat apakah yang diperkatakan oleh rakan-rakan anda berkenaan sesuatu perkara.

Tidak seperti RockMelt yang memerlukan emel jemputan, Flock boleh dimuat-turun secara percuma, untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux. And juga boleh membaca 24 sebab mengapa Flock lebih menarik daripada RockMelt sebelum memuat-turunnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd