Semestinya dunia rangkaian sosial kini adalah salah satu perkara utama di alam maya ini. Selain adanya beberapa rangkaian sosial di Malaysia, kini Neezz turut sama dilancarkan di Malaysia yang membawakan konsep rangkaian sosial dan iklaneka yang diintegrasikan.
Neezz yang mana disasarkan kepada para pengguna berumur antara 20 hingga 50 tahun itu membawakan gabungan fungsi laman iklaneka dan juga rangkaian sosial, sekaligus menjadikannya sesuatu yang unik. Melaluinya, para pengguna boleh berjual-beli barangan dengan mudah, dan menariknya secara percuma.
Selain daripada itu, Neezz juga membawakan fungsi rangkaian sosial yang membolehkan anda membangunkan rangkaian rakan-rakan anda dengan minat yang lebih kurang serupa, atau yang mana dikenali sebagai fungsi Groups pada Facebook. Pada masa yang sama, ianya juga turut sama membawakan pelbagai fungsi rangkaian sosial yang lain, termasuk notifikasi mesej, fungsi sembang, kebolehan memuat-naik video, dan menulis artikel dengan mudah.
Dengan pelancarannya di Malaysia, Neezz telah pun melantik lebih 3 orang duta laman web tersebut di Malaysia, iaitu One Buck Short(kumpulan pemuzik), Rina Omar (personaliti TV), dan juga Abbas Saad (bekas pemain bola sepak). Ianya dikatakan Neezz.com sudah mempunyai lebih daripada 50,000 orang pengguna berdaftar buat masa ini, selain turut dicalonkan sebagai calon untuk pertandingan myPrize kelolaan YTL Comms.