Cari @ Amanz

Setelah penangguhan demi penangguhan, kini ianya masih lagi tidak begitu pasti bila manakah Chrome Web Store akan dilancarkan kepada umum. Namun begitu, kini beberapa perubahan dikenal-pasti, memperlihatkan ikon Web Store pada halaman tab bari Chromium.


Perubahan Logo WebStore Pada Chromium [via]

Buat masa ini, perubahan ikon baru Web Store yang mengantikan ikon lama itu hanya dapat dilihat pada Chromium untuk Linux sahaja, dan masih lagi belum dapat dilihat pada Chromium versi yang lain.

Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah Chrome Web Store akan dilancarkan kepada umum. Sememangnya seperti diketahui, Google boleh menjana pendapatan tambahan sekiranya ianya dilancarkan pada musim perayaan Krismas ini. Namun begitu, ianya masih lagi kelihatan seperti masih lagi belum siap untuk dilancarkan pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd