Apple iPad Kini Di Apple Store Malaysia

Apple iPad Kini Di Apple Store Malaysia

Diterbitkan pada Dis 1, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan iPad di Malaysia, kini halaman Apple Store Malaysia telah pun diperkemaskini dengan penambahan produk iPad, dimana 6 versi berbeza disediakan, iaitu 3 versi untuk WiFi dan 3 versi untuk 3G.

Harga pada laman Apple Store Malaysia adalah sama seperti pada pelancaran iPad di Malaysia semalam. Menariknya, Apple turut menawarkan penghantaran percuma, membolehkan anda yang berada jauh daripada sebarang pengedar rasmi Apple untuk mendapatkan iPad dengan mudah.

Apple iPad versi WiFi dijual pada harga permulaan RM1549 untuk versi 16GB, manakala Apple iPad versi 3G dijual pada harga permulaan RM1999 untuk versi 16GB. Anda boleh mendapatkan pelbagai informasi lain berkaitan iPad secara terus daripada halaman Apple.


TIPS & ULASAN