Windows 8 Akan Cuba Mengatasi Masalah Cetak Rompak

Windows 8 Akan Cuba Mengatasi Masalah Cetak Rompak

Diterbitkan pada Dis 2, 2010 oleh .

Salah satu masalah utama Microsoft melalui sistem operasi Windows adalah dalam menangani masalah cetak rompak yang berleluasa, dan menariknya, perkara ini dijangka akan dapat diatasi melalui Windows 8 kelak. Melalui Windows 8 kelak, Microsoft dijangka akan mengintegrasikan perkomputeran awan, sekaligus mengurangkan masalah cetak rompak yang dialami oleh mereka sekarang ini.

Ianya diura-urakan yang mana Windows 8 akan mengintegrasikan beberapa fail kernel terus kepada pelayan perkomputeran awan Microsoft, bukan sahaja mengurangkan masalah cetak rompak, tetapi turut membolehkan para pengguna mendapatkan kemaskini daripada Microsoft dengan lebih pantas tanpa perlu memulakan semula sistem mereka.

Idea ini dijangka berjaya memandangkan kini kebanyakkan komputer berhubung antara satu sama lain melalui internet. Pada masa yang sama, ianya juga dijangka yang mana fail kernel juga akan disediakan pada komputer, dan boleh digunakan oleh para pengguna yang mempunyai akses internet, sekaligus membolehkan pelbagai pihak mengambil kesempatan daripadanya. Namun begitu, dengan pengenalan fungsi perkomputeran awan itu kelak, ianya dijangka akan mengurangkan serba sebanyak kadar cetak rompak sistem operasi Windows di dunia.


TIPS & ULASAN