Chrome Menghampiri Pegangan Pasaran Sebanyak 10%

Chrome Menghampiri Pegangan Pasaran Sebanyak 10%

Diterbitkan pada Dis 2, 2010 oleh .

Selain daripada pembangunan Chrome yang agak drastik akhir-akhir ini, kini melalui statistik penggunaan pelayar web yang dikeluarkan oleh Net Applications, ianya turut sama memperlihatkan yang mana penggunaan Chrome yang meningkat diluar jangkaan, menghampiri angka 10% daripada keseluruhan penggunaan pelayar web.

Melalui angka bulan November 2010 yang dikeluarkan oleh Net Applications, ianya memperlihatkan yang mana pelayar web Google Chrome telah mencapai pegangan pasaran sebanyak 9.3% sekaligus mencatatkan rekod baru untuknya.

Seperti sedia maklum, Internet Explorer daripada Microsoft masih lagi memegang takhta dengan pegangan pasaran sebanyak 58.41%, selain diikuti oleh Firefox dengan sebanyak 22.81%. Chrome kini menduduki tangga ketiga sebagai pelayar web paling popular, dan dijangka terus meningkat pada masa akan datang.

Pada bulan November juga memperlihatkan yang mana dua lagi pelayar web berasaskan Chrome diperkenalkan, iaitu RockMelt dan juga Flock, yang mana kedua-duanya dibangunkan menggunakan kod sumber Chromium sebagai asasnya. Flock turut disenaraikan dengan pegangan pasaran sebanyak 0.05%, manakala RockMelt masih belum memasuki carta.

Via : Mashable


TIPS & ULASAN