Yahoo! Mengeluarkan Carta Carian Tahun 2010

Yahoo! Mengeluarkan Carta Carian Tahun 2010

Diterbitkan pada Dis 2, 2010 oleh .

Hari ini baru hari kedua pada bulan Disember, tapi banyak syarikat yang sudah mulakan analisa berkenaan dengan sepanjang tahun 2010, dan Yahoo! menjadi yang pertama untuk mengeluarkan laporan berkenaan dengan carian popular sepanjang tahun ini.

Sepanjang tahun ini, carian yang paling popular adalah pertumpahan minyak BP, yang mana menjadi kerosakkan ekologi terbesar untuk hampir suku tahun. Seterusnya, menduduki di tangga kedua adalah acara bolasepak terkemuka dunia, iaitu World Cup FIFA yang diadakan di Afrika Selatan pada pertengahan tahun ini.

Selain daripada itu, antara carian terbanyak untuk tahun ini, turut didominasi oleh ramai artis antarabangsa, iaitu Miley Cyrus, Kim Kardashian, Lady Gaga, Justin Beiber dan juga Megan Fox. Selain daripada itu semua, Yahoo! juga turut sama menyediakan sebuah halaman khas yang mengumpulkan pelbagai data menarik sepanjang tahun ini.

Berikut merupakan sepuluh carian paling popular di Yahoo! sepanjang tahun ini.

  1. BP Oil Spill
  2. World Cup
  3. Miley Cyrus
  4. Kim Kardashian
  5. Lady Gaga
  6. iPhone
  7. Megan Fox
  8. Justin Bieber
  9. American Idol
  10. Britney Spears

TIPS & ULASAN