Google Memperkenalkan Doodle Untuk Perantian Mudah-Alih

Google Memperkenalkan Doodle Untuk Perantian Mudah-Alih

Diterbitkan pada Dis 2, 2010 oleh .

Salah satu perkara menarik pada enjin carian Google adalah dimana mereka memperlihatkan suatu doodle yang berlainan pada setiap hari yang bersejarah atau sekiranya terdapat sesuatu yang menarik. Kini, Google melangkah setapak kehadapan lagi, dengan turut sama menyokong fungsi doodle untuk perantian mudah-alih.


Doodle Pada Perantian Mudah-Alih

Sehingga kini, perantian mudah-alih yang melayari laman Google.com tidak akan memperlihatkan sebarang doodle walaupun pada desktop kita dapat melihatnya. Namun begitu, mulai hari ini, Google mengumumkan sokongan untuk perantian Android dan juga iOS di seluruh dunia, dimana mulai kini, mereka akan sama dapat melihat doodle. Mungkin dalam masa akan datang, lebih banyak perantian dan sistem operasi mudah-alih yang akan disokong oleh Google.


TIPS & ULASAN