Time dotCom Menawarkan Kelajuan Sehingga 50Mbps

Time dotCom Menawarkan Kelajuan Sehingga 50Mbps

Diterbitkan pada Dis 2, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini TIME dotCom telah pun melancarkan rangkaian fibre mereka yang menawarkan kelajuan sehingga 50Mbps. Buat masa ini, perkhidmatan internet mereka sedia untuk digunakan di lebih 30,000 rumah dan pejabat di Bukit Kiara.

Time dotCom membolehkan para pengguna menikmati jalur-lebar pada kadar sehingga 50Mbps, dan dikatakan antara pertama di Malaysia yang menawarkan kelajuan sebegitu rupa. Para pengguna yang tinggal di kawasan Bukit Kiara boleh mengambil peluang ini, dimana para pengguna perumahan boleh menikmati perkhidmatan internet pada pakej semurah RM99, manakala pengguna perniagaan boleh menikmatinya pada kadar semurah RM148.

Pada bulan-bulan akan datang, mereka dijangka akan terus memperkembangkan kawasan liputan Time dotCom. Bersama-sama dengan pengumuman ini, Time dotCom turut sama memperkenalkan identiti korporat mereka yang serba baru.


TIME dotCom Menawarkan Kelajuan Sehingga 50MBps [via]


TIPS & ULASAN