Silverlight 5 Membawakan Lebih 40 Fungsi Baru

Silverlight 5 Membawakan Lebih 40 Fungsi Baru

Diterbitkan pada Dis 3, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan, akhirnya Microsoft telah pun mengumumkan secara rasminya berkenaan dengan Silverlight, dimana pelbagai fungsi barunya turut sama telah diperkenalkan kepada umum. Silverlight 5 Beta dijangka akan dilepaskan pada pertengahan tahun pertama 2011 kelak.

Silverlight 5 membawakan lebih daripada 40 fungsi baru yang mana bertujuan dan memfokuskan kepada peningkatan menonton media dengan lebih menarik lagi tanpa sebarang gangguan. Antara perkara baru termasuklah sokongan GPU ketika meng-dekod video, sokongan alat kawalan jauh, kebolehan untuk memainkan kembali video dalam kelajuan berbeza mengikut apa yang ditetapkan oleh pengguna, dan banyak lagi.

Silverlight 5 juga akan membawakan sejumlah perkara menarik untuk para pembangun yang menggunakannya. Silverlight 5 versi Beta dijangka akan dilepaskan pada pertengahan tahun pertama 2011 kelak, manakala versi akhirnya akan dilepaskan pada pertengahan tahun kedua 2011.


TIPS & ULASAN