Google Chrome 8 Kini Mencapai Tahap Stabil

Google Chrome 8 Kini Mencapai Tahap Stabil

Diterbitkan pada Dis 3, 2010 oleh .

Hari ini, Google telah pun melepaskan versi stabil terbaru pelayar web mereka untuk ketiga-tiga platform terkemuka iaitu Windows, Mac OS X dan juga Linux. Melalui Google Chrome 8, pelbagai fungsi baru yang dinantikan sekian lama telah dinantikan oleh para pengguna.

Melalui Google Chrome 8, salah satu fungsi baru adalah dimana anda kini boleh melihat fail *PDF terus pada pelayar web tanpa perlu sebarang aplikasi tambahan seperti pada pelayar web lain. Kini, Chrome menyokongnya dengan sokongan *PDF yang terbina padanya.

Selain daripada lebih 800 kemaskini sekuriti, melalui Chrome 8, Google turut membawakan sokongan untuk Chrome Web Store. Namun begitu, ianya masih lagi belum diaktifkan atau pun diumumkan secara rasminya oleh Google. Walaubagaimanapun, ini memperlihatkan yang mana Chrome Web Store akan diperkenalkan tidak lama lagi, membolehkan anda memuat-turun dan membeli pelbagai aplikasi web dalam bentuk HTML5 dan Flash dengan mudah.

Untuk para pengguna Google Chrome sedia ada, anda boleh mengemaskininya secara automatik (atau mungkin sudah dikemaskini), manakala pengguna yang tidak menggunakan Google Chrome, mungkin boleh mencubanya dengan memuat-turunnya secara percuma.


TIPS & ULASAN