Zynga Melancarkan Permainan CityVille

Zynga Melancarkan Permainan CityVille

Diterbitkan pada Dis 3, 2010 oleh .

Setelah kejayaan FarmVille yang menjadi antara permainan sosial, kini, pembangunnya, Zynga memperkenalkan permainan seumpama SimCity, yang mana diberikan nama CityVille. Sama seperti SimCity, permainan CityVille memfokuskan kepada pembangunan bandar dimana anda mentadbirnya sebagai seorang datuk bandar.

Melalui permainan CityVille, para pengguna akan menjadi salah seorang datuk bandar, dimana mereka akan menjaga suatu bandar dan membangunkannya, termasuk menjaga rakyat-rakyat didalamnya, serta menguruskan segala perkara didalamnya. Anda juga boleh bekerjasama bersama-sama dengan rakan-rakan Facebook anda yang lain yang akan berjiran dengan anda.

Ianya juga setapak kehadapan lagi, dengan membolehkan anda memperluaskan perniagaan anda dengan membuka francais di bandar-bandar rakan anda. Permainan CityVille ini didatangkan dengan beberapa bahasa pilihan, namun tiada Bahasa Malaysia buat masa ini.

Para peminat permainan sosial boleh mencuba permainan CityVille ini pada Facebook, dan berikan pendapat anda berkaitan permainan ini kepada kami.


TIPS & ULASAN