Cari @ Amanz

Walaupun sudah lama kita tak kedengaran sebarang perkara berkaitan dengan GDrive, kini salah satu servis seumpamanya kelihatan, yang mana dipanggil sebagai Google Cloud Picker, membolehkan para pengguna mengakses kesemua fail yang pernah dimuat-naik ke Google dengan mudah.


Antaramuka Cloud Picker [via]

Ianya masih lagi sedang dibangunkan oleh Google, dan telah dijumpai secara tak sengaja oleh salah seorang pengguna yang cuba untuk memuat-naik fail ke akaun beliau. Walaupun tiada info rasmi daripada Google buat masa ini, Google Cloud Picker ini kelihatan seperti sebuah produk storan dalam talian, yang menghubungkan pelbagai servis sedia ada Google, termasuk YouTube, Google Docs, Google Maps dan Picasa, sekaligus memudahkan anda memasukkan media ke perkhidmatan Google yang lain seperti Blogger dan Google Sites dengan mudah.

Walaupun Google mengatakan yang mana mereka belum lagi bersedia untuk memperkenalkannya kepada umum, Cloud Picker ini mungkin merupakan sebahagian daripada perkara baru yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan Chrome OS kelak, sekaligus memudahkan para pengguna beralih ke perkomputeran awan dengan mudah. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd