Carian
Groupon Menolak Tawaran Google?
December 4, 2010 Aman

Setelah ura-ura yang dimulakan dengan memperkatakan yang mana Google telah membeli Groupon pada harga $2.5 billion, dan seterusnya diperkatakan angka sebenar adalah $6 billion, kini ianya dilaporkan yang mana Groupon telah menolak tawaran daripada Google itu.

Pembelian Groupon telah menjadi salah satu topik hangat sepanjang minggu dengan kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang komen. Namun hari ini, ianya diperkatakan yang mana Groupon ingin kekal bersendirian dan telah menolak tawaran $6 billion daripada Google itu.

Ianya diperkatakan mungkin terdapat beberapa sebab keatas penolakan tawaran daripada Groupon itu, dan salah satunya adalah dimana ianya diperkatakan yang mana Groupon menjana lebih $2 billion untuk setahun, dan bukannya $500 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini. Jika ianya benar, berkemungkinan besar, Groupon inginkan tawaran yang lebih tinggi lagi. Namun begitu, masih tiada sebarang komen rasmi buat masa ini.

Komen