ChromeBook Akan Di Perkenalkan Pada Awal Muharram?

ChromeBook Akan Di Perkenalkan Pada Awal Muharram?

Diterbitkan pada Dis 4, 2010 oleh .

Sebelum ini kedengaran yang mana Google akan melancarkan Chrome OS pada tahun hadapan, namun begitu, Google masih ingin memberikan kejutan, dimana sebuah netbook khas yang menggunakan Chrome OS dijangka akan diperkenalkan pada hari Selasa ini, iaitu 7 Disember 2010.

Netbook Chrome OS yang dijenamakan dibawah Google itu tidak akan dijual secara terbuka kepada semua, kerana ianya diperkatakan hanya 65,000 unit sahaja akan dikeluarkan. Pada masa yang sama, Chrome OS juga diperkatakan masih pada tahap beta, dan belum bersedia untuk digunakan sepenuhnya oleh pengguna biasa.

Selain daripada itu, Google juga dijangka akan memperkenalkan Chrome Web Store, namun masih lagi tidak dipastikan buat masa ini. Melalui Chrome 8.0, Google telah pun mula menyertakan fungsi Chrome Web Store, namun masih lagi tidak diaktifkan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Google pada 7 Disember 2010 ini.


TIPS & ULASAN