Facebook Menguji Plugin Pendaftaran Sosial Baru

Facebook Menguji Plugin Pendaftaran Sosial Baru

Diterbitkan pada Dis 5, 2010 oleh .

Selain daripada butang Facebook Connect, kini Facebook juga sedang menguji salah satu cara baru untuk membolehkan para pengguna mendaftarkan diri kepada laman web pihak ketiga dengan menggunakan data-data daripada Facebook dengan mudah.

Melalluinya, pemilik laman web boleh memilih untuk menyediakan pelbagai ruangan yang diinginkan mereka, dan ruangan yang manakah akan diisi dengan data-data daripada Facebook dengan mudah. Walaubagaimanapun, ianya hanya akan diisi secara automatik sekiranya para pengguna telah sedia log masuk ke dalam laman Facebook, dan sekiranya tidak, tiada data yang akan ditarik daripada Facebook.

Buat masa ini, ianya dilihat yang mana Facebook sedang menguji fungsi tersebut di laman FriendFeed. Bagi yang tidak ketahui, Facebook sebelum ini telah mengambil-alih FriendFeed pada harga lebih kurang $50 juta.


TIPS & ULASAN