Cari @ Amanz

Skype yang sehingga kini hanya menawarkan servis mereka melalui aplikasi desktop sahaja dijangka akan membuat perubahan besar dan dijangka akan memperkenalkan aplikasi berasaskan web tidak lama lagi.

Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Skype, namun ianya diperkatakan yang mana Skype akan memperkenalkan perkhidmatan berasaskan web mereka itu pada suku tahun pertama tahun 2011.

Menariknya, Skype juga dijangka akan mengintegrasikan perkhidmatan mereka dengan beberapa laman sosial yang lain, di mana salah satu laman web yang diperkatakan adalah LinkedIn. Dan sekiranya anda mengikuti perkembangan Skype, sebelum ini Facebook dilihat sedang membangunkan Facebook Chat bersama-sama dengan fungsi Skype.

Selain Skype, pelbagai aplikasi komunikasi yang menyediakan solusi untuk berhubung secara terus melalui pelayar web, termasuk Yahoo! Messenger, Google Talk dan banyak lagi. Pada masa yang sama juga, ianya dapat dilihat yang mana perkhidmatan VoIP dijangka akan meningkat naik popularitinya pada tahun-tahun akan datang ini. Dengan Apple yang sedang giat membangunkan FaceTime, Google dengan Google Voice dan Skype, semestinya dunia VoIP akan meriah pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd