Siti Nurhaliza, Yes 4G dan iPad

Siti Nurhaliza, Yes 4G dan iPad

Diterbitkan pada Dis 5, 2010 oleh .

Nampaknya, Yes 4G akan mula mendapat perhatian para peminat Siti Nurhaliza memandangkan Siti telah pun membeli iPad bersama-sama dengan router mudah-alih daripada Yes, iaitu Yes Huddle, sekaligus menjadi antara yang terawal menikmati servis jalur-lebar mudah-alih yang terkini itu.


Siti Nurhaliza bersama-sama dengan MD YTL Corp, Francis Yeoh [via]

Siti juga mengatakan yang mana beliau selepas ini akan menghabiskan lebih banyak masa menonton video, memuat-turun lagu dan memuat-naik gambar, serta menghabiskan masa lebih lama dalam talian dengan adanya iPad beliau yang serba baru itu. Siti juga berkata yang mana prestasi jalur-lebar adalah amat penting buat beliau memandangkan beliau sentiasa bergerak dan inginkan jalur-lebar mudah-alih yang boleh dipercayai.

Yes 4G telah melancarkan perkhidmatan jalur-lebar mereka pada bulan lepas, menawarkan kelajuan sehingga 5 kali ganda lebih pantas daripada 3G, selain meliputi hampir 65% kawasan penduduk di Semenanjung Malaysia.


TIPS & ULASAN