Dengan populariti Groupon yang kian meningkat naik, ramai yang cuba mengaplikasikan kaedah perniagaannya di serata dunia. Di Malaysia sahaja terdapat beberapa laman web yang menyediakan fungsi serupa, dan yang paling terkini adalah Tawaran Harian.
Antaramuka Laman Tawaran Harian
Tawaran Harian adalah salah satu laman web dibawah AdExcel, dimana melaluinya, mereka menyediakan konsep yang lebih kurang sama seperti Groupon, dimana melalui laman Tawaran Hebat, mereka menyediakan pelbagai tawaran menarik setiap hari dari Isnin ke Jumaat, dimana pelbagai tawaran menarik ditawarkan melalui laman mereka.
Anda cuma perlu memilih tawaran yang anda minat, dan terus membelinya menggunakan kad kredit, dan seterusnya baucer belian akan dihantarkan ke alamat emel anda, dimana anda boleh menukarkannya di kedai yang menawarkan tawaran tersebut.
Di Malaysia, selain daripada Tawaran Harian ini, laman lain yang turut sama menyediakan konsep lebih kurang serupa adalah GroupsMore daripada YouthAsia, MyDeals daripada RebateNetwork dan juga DailyDeals dari akhbar tempatan, The Sun. AdExcel juga turut sama mempunyai kerjasama bersama-sama dengan The Sun dalam membangunkan DailyDeals.