Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Halaman Profail

Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Halaman Profail

Diterbitkan pada Dis 6, 2010 oleh .

Dalam terus memastikan para pengguna menggunakan perkhidmatan laman sosial mereka, kini Facebook memperkenalkan antaramuka profail pengguna pada Facebook yang serba baru, dimana ianya memudahkan rakan-rakan mengenali anda melalui laman profail anda.


Antaramuka Facebook Yang Baru

Tidak seperti dulu, kini halaman profail dimulakan dengan informasi asas mengenai anda, daripada tempat asal anda, hinggalah di sekolah mana anda belajar, dimana anda bekerja, dan bahasa yang anda bercakap turut sama diperlihatkan tanpa memerlukan anda menekan butang Info. Selain daripada itu, pada bahagian bawahnya, turut diperlihatkan dengan pelbagai gambar-gambar terbaru anda di Facebook.


Susunan Info dan Gambar Di Bahagian Utama Profail

Selain daripada itu, anda juga boleh memperlihatkan rakan-rakan rapat anda dibahagian bawah gambar profail, mengantikan apa yang diperlihatkan oleh Facebook secara rawak. Pada masa yang sama, dibawah ruangan rakan-rakan, turut sama diperlihatkan adalah ruangan ahli keluarga anda di Facebook.

Pada masa yang sama, Facebook turut memperkenalkan fungsi “skrol infiniti”, membolehkan anda melihat kesemua gambar anda dengan mudah. Beberapa fungsi baru juga turut sama diperkenalkan dengan antaramuka dan rekabentuk baru profail Facebook ini.

Rekabentuk baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat, namun anda boleh mengaktifkannya secara serta merta melalui laman About Profile di Facebook.


TIPS & ULASAN