Cari @ Amanz

Selain Google, Apple juga sedang dalam persiapan terakhir dalam melancarkan Mac App Store, yang mana sebelum ini diperkenalkan oleh Steve Jobs pada acara “Back To The Mac“. Kini, ianya diperkatakan yang mana Mac App Store ini akan dilancarkan seawal 13 Disember ini.


Antaramuka Mac App Store

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Apple, laman AppleTell.com mengatakan yang mana salah seorang sumber dalaman telah memberitahu yang mana Apple mensasarkan untuk melancarkan Mac App Store pada Isnin depan iaitu 13 Disember 2010.

Sebelum ini, ianya dijangkakan ramai yang mana Apple hanya akan melancarkan Mac App Store pada bulan Januari kelak, namun, ianya diperkatakan yang mana Steve Jobs ingin melancarkannya lebih cepat lagi, iaitu sebelum Hari Natal yang menjelang tiba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd