Cari @ Amanz

Sepanjang hari ini, Tumblr seperti mengecewakan para penggunanya apabila masalah teknikal laman web mereka masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini, sekaligus membuatkan para pengguna tertanya-tanya dengan kandungan mereka di laman tersebut.


Mesej Yang Di Perlihatkan Di Laman Tumblr

Tumblr kini sudah hampir lebih 12 jam tidak dapat diakses sepenuhnya, dimana para pengguna yang mengakses laman berkenaan diperlihatkan dengan mesej “We’ll be back shortly” yang bermaksud mereka akan kembali dalam sedikit masa lagi. Ianya diperkatakan berpunca daripada salah satu isu pada kluster pangkalan data mereka.

Pihak Tumblr juga masih tidak mengemaskini status semasa mereka, dimana Tweet terakhir daripada pihak mereka adalah lebih 8 jam dahulu mengatakan mereka sedang bergiat menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum ini, 4Chan ada mengatakan yang mereka ingin menyerang laman Tumblr pada 14 November yang lepas, namun perkara tersebut tidak berjaya. Namun begitu, kejadian hari ini masih lagi tidak diketahui berpunca daripada mana. Ianya juga tidak diketahui selama mana lagikah yang Tumblr akan terus kekal sebegitu.


Gambar Sekadar Gurauan Daripada Pengguna Tumblr [via]

Kemaskini Pada 7 Disember : Tumblr kembali setelah hampir lebih 24 jam tidak boleh diakses.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd