Cari @ Amanz

Akhirnya, hari ini Google memperkenalkan versi terkini sistem operasi mudah-alih mereka, iaitu Android 2.3 Gingerbread, yang mana membawakan pelbagai kemaskini dari segi antaramuka, selain yang mana prestasinya yang amat mengagumkan, menjadikannya Android terpantas sehingga kini.

Salah satu perkara baru adalah dimana antaramuka Android kini diperkemaskan dan diperingkaskan. Melalui antaramuka yang diperkemaskan ini, ianya membolehkan para pengguna menggunakannya dengan lebih pantas, selain menggunakan tenaga kuasa dengan lebih efisyen lagi.

Pada masa yang sama, papan kekunci pada skrin di Android juga telah direkabentuk semula, membolehkan para pengguna memasukkan teks dengan lebih pantas, dan meng-editnya dengan mudah dan senang berbanding sebelumnya. Pengurusan kuasa juga diberikan perhatian pada Android 2.3, dimana anda boleh dengan mudah kini melihat penggunaan kuasa mengikut aplikasi, dan mengawalnya dengan mudah.

Android 2.3 juga turut sama membawakan cara baru komunikasi, dimana kini fungsi panggilan internet turut sama diintegrasikan, membolehkan para pengguna membuat panggilan kepada akaun SIP yang lain dengan mudah. Pada masa yang sama, ianya turut sama menyokong fungsi NFC (Near Field Communication) yang dikatakan akan menjadi salah satu teknologi yang akan meningkat naik pada tahun hadapan.

Fungsi kamera juga kini memudahkan para pengguna mengawal kamera hadapan atau belakang dengan mudah sekiranya sesuatu perantian itu mempunyai lebih daripada satu kamera. Pelbagai fungsi baru lain juga turut dibawakan oleh Android 2.3, kepada pengguna dan juga pembangun. Ianya dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat melalui kemaskini automatik untuk semua perantian di seluruh negara dalam beberapa bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd