Carian
Nexus S Di Datangkan Bersama Android Gingerbread
December 7, 2010 Aman

Bersama-sama dengan pelancaran Android 2.3 Gingerbread, Google juga turut sama memperkenalkan telefon pintar pertama yang menggunakannya, iaitu Nexus S daripada Samsung, yang mana sekian lama dinantikan oleh para peminat Android seluruh dunia.

Tidak seperti telefon Android keluaran Samsung sebelum ini, Nexus S menggunakan antaramuka asal Android tanpa sebarang pengubah-suaian, selain dimana Google dan Samsung telah bekerjsama sepenuhnya dalam mengintegrasikan perantian tersebut bersama-sama platform terbaru Android itu.

Dari segi teknikal, Nexus S membawakan prosessor 1GHz Hummingbird, kamera depan dan bbelakang, memori terbina 16GB, dan juga fungsi NFC (Near Field Communication) yang membolehkan anda membaca informasi daripada tag NFC. Pada masa yang sama Nexus S merupakan telefon pintar pertama dilancarkan bersama-sama dengan Contour Display seluas 4″.

Nexus S boleh didapati di Amerika Syarikat bermula 16 Disember dan seterusnya mulai 20 Disember di UK. Memandangkan ianya tidak di kunci (unlocked), dan dibangunkan oleh Samsung, berkemungkinan besar, ianya akan sampai jua di Asia kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Komen