Google Akan Memperkenalkan Chrome OS dan Web Store

Google Akan Memperkenalkan Chrome OS dan Web Store

Diterbitkan pada Dis 7, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, Google dijangka akan membuat pengumuman berkaitan dengan Chrome hari ini, dimana dua perkara yang dinantikan adalah Chrome OS dan juga Chrome Web Store. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana Google akan memperkenalkan ChromeBook pada malam ini.

Buat masa ini, tiada banyak informasi yang diketahui, selain mana blog Google OS telah dikemaskini dengan dua gambar awal untuk Chrome OS dan juga Chrome Web Store. Pada masa yang sama, fungsi Cloud Printing juga kini kelihatan aktif, membolehkan para pengguna mencetak dengan mudah melalui Chrome.


Penggunaan Google Cloud Print [via]

Google akan memperlihatkan pengumuman ini secara langsung melalui saluran YouTube mereka sekitar pukul 1.30 pagi ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya kelak.


TIPS & ULASAN