DiGi Bakal Menawarkan Pelbagai Perantian Baru

DiGi Bakal Menawarkan Pelbagai Perantian Baru

Diterbitkan pada Dis 7, 2010 oleh .

Esok, DiGi dijangka akan mengumumkan beberapa perantian mudah-alih baru yang akan ditawarkan melalui pakej-pakej menarik mereka. Antara perantian yang bakal diumumkan termasuklah HTC Desire HD, Samsung Galaxy S, LG Apollo dan juga BlackBerry Bold 9780 putih.

Selain daripada koleksi telefon pintar, DiGi juga turut sama seperti Maxis, dijangka akan mula menawarkan Samsung Galaxy Tab, yang mana dijangkakan akan dilancarkan pada 16 Disember kelak. Samsung Galaxy Tab dijangka akan ditawarkan oleh DiGi pada harga RM1899 dengan kontrak 12 bulan, dan RM1599 dengan kontrak selama 24 bulan.

Samsung Galaxy Tab
Samsung Galaxy Tab Akan Di Tawarkan Oleh DiGi?

Berikut merupakan harga jangkaan perantian-perantian telefon pintar yang dijangka akan diumumkan esok:

  • HTC Desire HD – RM1699 (12 bulan), RM1399 (24 bulan)
  • Samsung Galaxy S – RM1799 (12 bulan), RM1499 (24 bulan)
  • LG Apollo – RM599 (12 bulan), RM349 (24 bulan)
  • BlackBerry Bold 9870 Putih – RM1349 (12 bulan), RM1099 (24 bulan)

Via : MalaysianWireless


TIPS & ULASAN