Facebook Membolehkan Anda Menambah Rakan Skype

Facebook Membolehkan Anda Menambah Rakan Skype

Diterbitkan pada Dis 8, 2010 oleh .

Setelah Skype memperkenalkan Skype 5.0 dengan pengintegrasian Facebook, kini laman Facebook pula memudahkan para pengguna Facebook menemui rakan-rakan Skype mereka dengan mudah.


Mesej Yang Di Paparkan Pada Halaman Utama Facebook

Kini, setiap pengguna diperlihatkan dengan mesej meminta mereka mencari rakan Skype mereka di Facebook apabila mereka log masuk ke laman Facebook. Anda hanya perlu memasukkan nama pengguna Skype bersama-sama dengan kata laluan, dan seterusnya akan diberikan pilihan untuk menambah rakan Skype anda dengan mudah, sama seperti anda mencari rakan menggunakan akaun emel dan sebagainya.

Ianya kini dapat dilihat yang mana kedua-dua syarikat gergasi ini mula bekerjasama secara serius, dimana turut diura-urakan yang mana Facebook akan memperkenalkan Facebook Chat dengan integrasi Skype untuk panggilan video tidak lama lagi. Skype juga turut sama bakal memperkenalkan aplikasi berasaskan web mereka tidak lama lagi. Mungkin kedua-dua pihak akan mengumumkan sesuatu perkara menarik tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN