Chrome OS Akan Di Lancarkan Pertengahan Tahun 2011

Chrome OS Akan Di Lancarkan Pertengahan Tahun 2011

Diterbitkan pada Dis 8, 2010 oleh .

Setelah mengumumkan mengenai Chrome OS pada tahun lepas, kini Google memperlihatkan perkembangannya, dimana Chrome OS dijangka akan menemui para pengguna pada pertengahan tahun hadapan, 2011, selain mana netbook pertama menggunakan Chrome OS diperkenalkan.

Melalui Chrome OS, seperti semua sedia maklum, Google ingin memperkenalkan sebuah sistem operasi yang dibangunkan dan dikhaskan untuk web, dimana kini lebih ramai yang menghabiskan masa hanya pada pelayar web mereka. Chrome OS merupakan sistem operasi yang mana sebenarnya adalah pelayar web, sekaligus menjadikan komputer berfungsi lebih pantas, dan senang digunakan, selain menjadikan data semua lebih selamat, memandangkan data akan disimpan melalui perkomputeran awan.


ChromeBook Pertama Yang Di Tawarakan Google

Pada pertengahan pertama tahun hadapan, pelbagai syarikat pembangun perantian akan memperkenalkan notebook bersama-sama dengan Chrome, termasuk daripada Acer, Samsung dan banyak lagi. Buat masa ini, Google sedang mencari para penguji untuk menguji Chrome OS mereka melalui notebook pertama mereka –CR48, yang dibangunkan sekadar untuk menguji perisian Chrome OS, dan ianya hanya dibuka untuk para penduduk US untuk mendapatkannya.


TIPS & ULASAN