Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, kita kedengaran yang mana Google akan memperkenalkan rangkaian sosial baru, dipanggil Google Me, kini ianya kedengaran yang mana sebenarnya ianya hanyalah sekadar sebuah toolbar khas dibahagian atas setiap laman Google, dan dikenali buat masa ini sebagai Google +1.


Fungsi Sosial Di Lihat Di Uji Oleh Google [via]

Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimana laman Google +1 ini kelak akan berfungsi, memandangkan perkataan +1 adalah sinonim dengan “Like” pada Facebook. Ianya kelak dijangka akan memudahkan para pengguna internet berfungsi dengan mudah pelbagai perkara menarik di web bersama rakan-rakan mereka.


Loop Di Lihat Di Uji Pada Halaman Google [via]

Pada masa yang sama, fungsi “Loop” juga dilihat akan dibawakan melalui fungsi sosial dari Google ini. Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi rasmi berkaitan dengannya, namun ianya diperkatakan yang mana ianya akan berfungsi sebagai laman untuk kumpulan (groups). Ianya juga diperkatakan yang mana aplikasi Loop untuk iPhone sedang diuji buat masa ini.

Google +1 dan juga Loop ini masih tidak diketahui akan dilancarkan bila, namun memandangkan ianya sudah mula diuji pada masa kini, mungkin kita akan dapat melihat produk sosial baru daripada Google tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd