#newtwitter Menambah Sokongan Instagram dan SlideShare

#newtwitter Menambah Sokongan Instagram dan SlideShare

Diterbitkan pada Dis 8, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan Twitter baru tempoh hari, atau yang mana lebih dikenali sebagai #newtwitter, kini mereka terus mempertingkatkannya dengan menambah beberapa sokongan media dari beberapa laman baru, sekaligus menjadikannya lebih interaktif lagi.

Melalui kemaskini terkini, mereka menambah beberapa servis baru dalam sokongan media mereka, iaitu SlideShare (membolehkan anda melihat fail persembahan dengan mudah melalui laman Twitter.com), Blip.TV (membolehkan anda menonton video sama seperti sokongan video YouTube), Instagram (laman perkongsian gambar yang meningkat naik dikalangan pengguna iPhone), Rdio (membolehkan anda mendengar lagu terus dari Twitter.com), dan juga Dipdive (membolehkan anda melihat gambar dan video dengan mudah).

Twitter juga diperkatakan akan terus menambah sokongan kandungan multimedia pada laman mereka pada bulan-bulan akan datang, sekaligus menjadikan para pengguna menghabiskan masa yang lebih lama dan menikmati pelbagai kandungan tanpa perlu meninggalkan laman Twitter.com.


TIPS & ULASAN