250 Juta Pengguna Menggunakan FB Connect Setiap Bulan

250 Juta Pengguna Menggunakan FB Connect Setiap Bulan

Diterbitkan pada Dis 9, 2010 oleh .

Facebook sememangnya telah mencetuskan suatu revolusi pada arena laman sosial. Menariknya, melalui statistik terkini memperlihatkan yang mana kini seramai lebih 250 juta pengguna dihubungkan melalui Facebook Connect setiap bulan.

Melalui Le Web di Paris, Facebook mengatakan yang mana ramai pengguna kini mula menggunakan Facebook Connect. Facebook Connect yang diperkenalkan pada tahun 2008 itu membolehkan para pengguna mengakses laman pihak ketiga dengan menggunakan identiti Facebook secara mudah tanpa perlu mendaftar dan sebagainya. Buat masa ini, ianya diperkatakan sebanyak lebih kurang 10,000 laman baru yang menambah fungsi Facebook Connect setiap hari.

Dengan angka pengguna Facebook yang meningkat setiap hari, mencecah lebih separuh billion pada hari ini, sememangnya fungsi Facebook Connect ini amat berguna, selain mengurangkan masa dalam memerlukan para pengguna untuk mendaftarkan diri untuk laman baru dan sebagainya. Selain itu, pengurusan satu identiti adalah lebih mudah dan menyenangkan para pengguna.


TIPS & ULASAN