Perantian MeeGo Akan Di Lancarkan Tahun Hadapan

Perantian MeeGo Akan Di Lancarkan Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 9, 2010 oleh .

Nokia boleh dikatakan kini sedikit ketinggalan dalam arena telefon pintar. Namun begitu, kini Nokia mengumumkan yang mana mereka akan merevolusikan sepenuhnya rekabentuk antaramuka perantian baru mereka bersama-sama dengan MeeGo pada tahun hadapan.

MeeGo
Antaramuka MeeGo

Buat masa ini, masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengan perantian yang akan menggunakan MeeGo, namun ianya dikatakan akan menarik balik minat para pengguna untuk menggunakan perantian Nokia.

Nokia juga dilihat menawarkan kedai aplikasi mereka sendiri yang sememangnya menarik, dimana kini, hampir 3.5 juta aplikasi dimuat-turun setiap hari melalui Ovi Store. Pada masa yang sama, lebih 1.3 billion pengguna dilihat menggunakan perantian Nokia setiap hari.

MeeGo merupakan salah satu projek usahasama antara Nokia dan Intel, dimana baru-baru ini ianya turut disertai oleh AMD. Beberapa nama besar turut menyokong projek MeeGo ini, termasuklah Linux Foundation.


TIPS & ULASAN